Monday, September 22, 2008

MENGAPA PENDIDIKAN KHAS

Kita seharusnya bersyukur kerana dilahirkan dengan akal fikiran yang waras di samping mempunyai anggota badan yang cukup sifat serta dapat mengikuti sesi pembelajaran akademik yang sempurna. Tanpa kita sedari terdapat segelintir golongan pelajar yang tidak bernasib baik walaupun dianugerahi Illahi dengan fizikal yang sempurna, dari luaran mereka kelihatan sama seperti pelajar normal, namun golongan ini menghadapi masalah di dalam akademik. Bukan itu sahaja terdapat segelintir dikalangan mereka yang menunjukkan tingkahlaku yang di luar daripada kebiasaan manusia normal. Mereka ini dikenali sebagai pelajar OKU yang bermasalah pembelajaran.

Dengan kecanggihan teknologi perubatan yang ada pada masa kini, para doktor mampu membuat pemeriksaan terhadap tahap kerencatan akal seseorang individu pada usia mereka masih di peringkat kanak-kanak lagi. Sebenarnya pelajar-pelajar lembam atau menghadapi kesukaran akademik yang disebabkan oleh keupayaan minda yang terhad telah wujud sekian lamanya. Tetapi tiada siapa pun yang mempedulikan nasib golongan ini malahan pelajar-pelajar pendidikan khas kategori pekak dan buta lebih terbela dengan adanya sekolah-sekolah khas seperti Queen Elizabeth School yang terdapat di Johor.

Namun menyedari hakikat pendidikan adalah hak bagi setiap insan, maka kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

Golongan bermasalah pembelajaran ini bukanlah suatu perkara yang agak baru bagi saya. Sewaktu mengambil bidang Fizik di universiti lagi saya pernah mendengar akan kehebatan Albert Ainstein dengan teori E=mc2 nya yang cukup hebat dan sering diperkatakan oleh ahli-ahli fizik selepasnya.

Tanpa disedari apabila dilihat latar belakang kehidupannya, Ainstein merupakan seorang pelajar yang paling lembab sewaktu di zaman persekolahannya. Pernah saya mendengar cerita daripada seorang rakan, Ainstein pada suatu hari pergi ke sekolah dengan menaiki bas. Sebelum turun beliau membayar tambang dengan sekeping syiling kepada pemandu bas. Beliau terkejut apabila dipulangkan duit bakinya dan berfikir bagaimana duit yang dihulurkan sekeping kepada pemandu bas tersebut tetapi dipulangkan semula kepadanya dengan beberapa keping syiling. Disini kita dapat melihat betapa rendahnya IQ Ainstein sehingga tidak boleh berfikir jika duit satu ringgit setelah dibayar tambang bas sebanyak 20 sen beliau masih mempunyai baki 80 sen lagi. Tetapi daripada situasi itulah bagaimana beliau telah melahirkan teori pecahan nuklear.

Kita juga dapat melihat bagaimana pelajar lembab seperti Ainstein boleh mewujudkan teori sedemikian. Teori tersebut lahir daripada suatu idea yang cukup simple. Saya berpendapat bahawa seorang pelajar bermasalah pembelajaran tidak berfikir sebagaimana manusia normal berfikir. Ia seolah-olah berfikir dari sudut atau dimensi yang lain daripada kebanyakan manusia. Keadaan inilah yang membuatkan segelintir dari kalangan mereka menunjukkan tingkah laku yang sedikit berbeza dengan pelajar-pelajar normal seperti ada di antara mereka yang gemar bersendirian, mempunyai deria yang sensitif, peka terhadap sebarang perubahan persekitaran dan ada juga yang mampu melukis pemandangan atau ruang sama seperti yang dilihatnya. Ada juga yang mampu menhasilkan lukisan yang mencecah ribuan ringgit seperti Clement Ooi.

Sewaktu di kampus, pensyarah saya, prof. Dr. Hishamudin ( Quantum Mechanic) sering memperkatakan tentang kehebatan seorang ahli fizik yang bernama Stepehn Hawking. Beliau diserang penyakit saraf sewaktu kecilnya dan hanya mampu bergerak dengan kerusi roda, tidak boleh bercakap tetapi telah menyelesaikan banyak masalah-masalah di dalam Sains Fizik yang tidak mampu di selesaikan oleh ahli Fizik yang lain.

Justeru, daripada contoh yang telah dipaparkan saya berasakan golongan OKU yang bermasalah pembelajaran mempunayi potensi yang besar untuk digilap menjadi manusia yang hebat seperti Ainstein, Stephen Hawking, Clement Ooi dan Tom Cruise(seorang pelakon kacak Hollywood). Dengan sistem Pendidikan Malaysia yang mantap berserta barisan guru-guru Pendidikan Khas yang menjadi agen perlaksana kita mampu mengubah dan menggilap golongan ini yang akhirnya akan modal insan yang berguna terhadap pembangunan negara kelak.

No comments:

PELAWAT :-