Monday, September 22, 2008

MENGAPA PENDIDIKAN KHAS

Kita seharusnya bersyukur kerana dilahirkan dengan akal fikiran yang waras di samping mempunyai anggota badan yang cukup sifat serta dapat mengikuti sesi pembelajaran akademik yang sempurna. Tanpa kita sedari terdapat segelintir golongan pelajar yang tidak bernasib baik walaupun dianugerahi Illahi dengan fizikal yang sempurna, dari luaran mereka kelihatan sama seperti pelajar normal, namun golongan ini menghadapi masalah di dalam akademik. Bukan itu sahaja terdapat segelintir dikalangan mereka yang menunjukkan tingkahlaku yang di luar daripada kebiasaan manusia normal. Mereka ini dikenali sebagai pelajar OKU yang bermasalah pembelajaran.

Dengan kecanggihan teknologi perubatan yang ada pada masa kini, para doktor mampu membuat pemeriksaan terhadap tahap kerencatan akal seseorang individu pada usia mereka masih di peringkat kanak-kanak lagi. Sebenarnya pelajar-pelajar lembam atau menghadapi kesukaran akademik yang disebabkan oleh keupayaan minda yang terhad telah wujud sekian lamanya. Tetapi tiada siapa pun yang mempedulikan nasib golongan ini malahan pelajar-pelajar pendidikan khas kategori pekak dan buta lebih terbela dengan adanya sekolah-sekolah khas seperti Queen Elizabeth School yang terdapat di Johor.

Namun menyedari hakikat pendidikan adalah hak bagi setiap insan, maka kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

Golongan bermasalah pembelajaran ini bukanlah suatu perkara yang agak baru bagi saya. Sewaktu mengambil bidang Fizik di universiti lagi saya pernah mendengar akan kehebatan Albert Ainstein dengan teori E=mc2 nya yang cukup hebat dan sering diperkatakan oleh ahli-ahli fizik selepasnya.

Tanpa disedari apabila dilihat latar belakang kehidupannya, Ainstein merupakan seorang pelajar yang paling lembab sewaktu di zaman persekolahannya. Pernah saya mendengar cerita daripada seorang rakan, Ainstein pada suatu hari pergi ke sekolah dengan menaiki bas. Sebelum turun beliau membayar tambang dengan sekeping syiling kepada pemandu bas. Beliau terkejut apabila dipulangkan duit bakinya dan berfikir bagaimana duit yang dihulurkan sekeping kepada pemandu bas tersebut tetapi dipulangkan semula kepadanya dengan beberapa keping syiling. Disini kita dapat melihat betapa rendahnya IQ Ainstein sehingga tidak boleh berfikir jika duit satu ringgit setelah dibayar tambang bas sebanyak 20 sen beliau masih mempunyai baki 80 sen lagi. Tetapi daripada situasi itulah bagaimana beliau telah melahirkan teori pecahan nuklear.

Kita juga dapat melihat bagaimana pelajar lembab seperti Ainstein boleh mewujudkan teori sedemikian. Teori tersebut lahir daripada suatu idea yang cukup simple. Saya berpendapat bahawa seorang pelajar bermasalah pembelajaran tidak berfikir sebagaimana manusia normal berfikir. Ia seolah-olah berfikir dari sudut atau dimensi yang lain daripada kebanyakan manusia. Keadaan inilah yang membuatkan segelintir dari kalangan mereka menunjukkan tingkah laku yang sedikit berbeza dengan pelajar-pelajar normal seperti ada di antara mereka yang gemar bersendirian, mempunyai deria yang sensitif, peka terhadap sebarang perubahan persekitaran dan ada juga yang mampu melukis pemandangan atau ruang sama seperti yang dilihatnya. Ada juga yang mampu menhasilkan lukisan yang mencecah ribuan ringgit seperti Clement Ooi.

Sewaktu di kampus, pensyarah saya, prof. Dr. Hishamudin ( Quantum Mechanic) sering memperkatakan tentang kehebatan seorang ahli fizik yang bernama Stepehn Hawking. Beliau diserang penyakit saraf sewaktu kecilnya dan hanya mampu bergerak dengan kerusi roda, tidak boleh bercakap tetapi telah menyelesaikan banyak masalah-masalah di dalam Sains Fizik yang tidak mampu di selesaikan oleh ahli Fizik yang lain.

Justeru, daripada contoh yang telah dipaparkan saya berasakan golongan OKU yang bermasalah pembelajaran mempunayi potensi yang besar untuk digilap menjadi manusia yang hebat seperti Ainstein, Stephen Hawking, Clement Ooi dan Tom Cruise(seorang pelakon kacak Hollywood). Dengan sistem Pendidikan Malaysia yang mantap berserta barisan guru-guru Pendidikan Khas yang menjadi agen perlaksana kita mampu mengubah dan menggilap golongan ini yang akhirnya akan modal insan yang berguna terhadap pembangunan negara kelak.

Thursday, September 18, 2008

MEMBUAT BISKUT SIPUT HARI RAYA

Hari ini pelajar-pelajar Pendidikan Khas SMKAL berpeluang mempelajari cara-cara membuat biskut siput untuk hari raya. Di antara otai dalam bab masak-memasak di kelas Pendidikan Khas ni tak lain dan tak bukan dimonopoli oleh cikgu Bakarudin,atau lebih mesra dengan panggilan cikgu Bakar dan cikgu Suhaizan(cikgu Su). Di dalam gambar sebelah tu kelihatan cikgu Su dan cikgu Bakar sedang menguli tepung gandum yang telah dicampurkan dengan majerin,garam,telur ayam, serbuk kari dan sedikit air. Di sekelilingnya kelihatan budak-budak ni sedang menyaksikan cara-cara menguli tepung. Setelah selesai barulah tiba turn mereka pulak menggentel tepung tersebut menjadi bulatan kecil sebelum dilenyek di atas tapak khas untuk membuat biskut siput hari raya.


Gambar disebelah kelihatan cikgu Su sedang membantu para pelajar bagaimana membuat biskut tu. Maklumlah pelajar lelaki agak kekok sikit dalam bab-bab menggentel dan melenyek ni. Tapi akhirnya dapatlah juga pelajar-pelajar ni membuatnya walaupun merangkak-rangkak. Mudah-mudahan mereka ni dapatla membantu ibu-ibu mereka nanti di dapur memandangkan hari raya pun bakal menjelang tidak lama lagi. Memang setiap hari Khamis pelajar-pelajar ini didedahkan dengan aktiviti masakan dan antara yang pernah mereka buat ialah kuih onde-onde, pizza,nasi hujan panas.

Selepas memasak,hasilnya turut dinikmati bersama-sama termasuklah cikgu-cikgu Pendidikan Khas yang lain. Paling penting ia memupuk nilai-nilai kerjasama, mematuhi arahan dan mengajar mereka bagaimana bergaul di antara satu sama lain. Ini penting apabila keluar dari sekolah nanti diharapkan mereka dapat menyesuaikan diri di dalam kelompok masyarakat. Cikgu pun save budget.Pendek kata cikgu-cikgu di dalam kelas Pendidikan Khas ni tak perlu pergi ke kantin, kenyang dengan masakan budak-budak ni je.
Gambar di sebelah menunjukan beberapa pelajar sedang tekun mempelajari teknik-teknik menggentel dan melenyek kuih dengan bimbingan guru sambil diperhatikan oleh rakan-rakan mereka. Mereka mencuba membuatnya secara bergilir-gilir memandangkan tapak membuat kuih tidak mencukupi. Setelah siap digoreng, hasilnya diagihkan kepada semua termasuklah kepada cikgu-cikgu untuk dibawa pulang sebagai sebahagian daripada juadah berbuka puasa kelak. Kepada semua diucapkan selamat berbuka, selamat mencuba biskut yang dibuat tengah hari tadi dan jangan lupa malam ni pergi sembayang terawih di surau.





Wednesday, September 17, 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA SMKAL

16 September 2008, Seluruh warga SMKAL termasuk kakitangan, guru dan pelajar asrama telah mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di dewan terbuka SMKAL. Majlis tersebut dimulai dengan ucapan puan pengetua Hjh Rohani Dollah.Tapi saya bersama seorang lagi kawan, cikgu Amin tidak berkesempatan mendengar ucapan daripada beliau kerana kami tiba agak lewat daripada tetamu lain. Waktu kami tiba, suasana di dewan terbuka penuh dengan ahli keluarga masing-masing. Menariknya segala keperluan seperti bekas makanan dan minuman perlu dibawa sendiri oleh cikgu-cikgu. Kalau sapa - sapa yang tak bawa tu nasibla..Saya memilih tempat duduk bersama cikgu Mat Nasir(gambar atas) bersama ahli keluarganya sebab kami(saya dan cikgu Amin tak bawa tikar). Memang plan kami malas nak bawa tikar pun sebab kami nak tumpang tikar orang lain.Low kelas la bawa tikar ni tambah pulak masih bujang kan so kira sempoi-sempoi je dah la. Bawa tikar ni kelas orang yang dah berkeluarga je. Jadi pada hari tersebut bukan kami berdua je yang tumpang sekaki tapi sorang lagi kawan saya iaitu cikgu Bakarudin(gambar bawah).

Inilah gambar cikgu Bakarudin yang sempat saya rakamkan melalui kamera handset saya. Waktu ni belum berbuka lagi. Disebelahnya kelihatan sorang lagi kawan yang saya sebutkan tadi, cikgu Amin. Dia tengah mengintai anak Penolong kanan sekolah yang saya panggil Kak Yah. Lepas tu dia bagitau kat saya plak ada perempuan cantik pakai spek mata kat belakang. Memang cantik budak tu.pakai spek ada bingkai ala-ala oldskool gitu.Sempat lagi Matmin ni mengintai anak dara orang. Apapun majlis berbuka puasa bersama-sama kakitangan sekolah boleh dikatakan meriahla jugak sebab makan ramai-ramai ni lebih berselera walaupun menunya sekadar nasi kerabu dan kuih-muih berserta air limau sunquick. Selesai saje majlis berbuka saya dan cikgu Amin terus chow balik rumah sebab dia nak balik ke Terengganu malam tu jugak kebetulan esoknya cuti sekolah sempena dengan Nuzul Qur'an. Faham-faham jelah sebab bini dia ada kat sana.














Ni... saya bersama dengan abe yo(anak sulung cikgu Nasir)


Tuesday, September 16, 2008

BERSAMA RAKAN KETIKA DI IPIK

Ini adalah gambar yang dirakamkan sewaktu saya menjalani kursus KPLI di Institut Perguruan Ilmu Khas pada Januari 2007. Saya kiri sekali (duduk).Di antara yang ramai - ramai tu 3 orang yang dapat posting di Kelate iaitu Matlan( berdiri kiri sekali) dan Sarif Dol ( duduk 2 dari kiri). Sebelah Sarif Dol Lokman Desa budak Kedah baru je kawin bulan Ogos 2008 baru - baru ni. Matlan (yang berdiri di belakang saya ) sekarang mengajar di SK Pendidikan Lati, Pasir Mas, Kelantan. Disebelahnya Nizam dapat mengajar di salah sebuah sekolah di negeri Pahang, yang kat tengah tu dah lupala nama dia budak Johor masuk ke IPIK lewat seminggu seb waktu tu Johor dilanda banjir besar. Sebelahnya Riduan, ketua kelas kami budak Melaka dan di hujung rakan serumah saya yang menginap di Kondo Seri Mas, Cheras Azrul Nizam namanya pun baru kahwin dalam tahun ni jugak. Orang kuat futsal. Hujung minggu kalau tak kemana - mana kami satu rumah akan main futsal dekat PJ.Azrul Nizam lah yang akan aturkan perlawanan persahabatan dengan kelab futsal dari kalangan cikgu - cikgu sekitar Cheras. Sekarang ni Kami semua dah jarang - jarang berhubung mungkin sebab komitmen kerja masing - masing. Cuma yang masih berhubung cuma saya, Matlan dan Sarif Dol. Tu pun Sebab kami bertiga selalu berjumpa jika ada aktiviti berkaitan dengan pelajar - pelajar pendidikan Khas umpamanya hari sukan, pertandingan nasyid atau jamuan yang melibatkan guru - guru Pendidikan negeri Kelantan. Sarif Dol kini menjadi guru di SMK Rantau Panjang dan saya sendiri Di SMK Ayer Lanas, Jeli.

PELAWAT :-