Thursday, September 18, 2008

MEMBUAT BISKUT SIPUT HARI RAYA

Hari ini pelajar-pelajar Pendidikan Khas SMKAL berpeluang mempelajari cara-cara membuat biskut siput untuk hari raya. Di antara otai dalam bab masak-memasak di kelas Pendidikan Khas ni tak lain dan tak bukan dimonopoli oleh cikgu Bakarudin,atau lebih mesra dengan panggilan cikgu Bakar dan cikgu Suhaizan(cikgu Su). Di dalam gambar sebelah tu kelihatan cikgu Su dan cikgu Bakar sedang menguli tepung gandum yang telah dicampurkan dengan majerin,garam,telur ayam, serbuk kari dan sedikit air. Di sekelilingnya kelihatan budak-budak ni sedang menyaksikan cara-cara menguli tepung. Setelah selesai barulah tiba turn mereka pulak menggentel tepung tersebut menjadi bulatan kecil sebelum dilenyek di atas tapak khas untuk membuat biskut siput hari raya.


Gambar disebelah kelihatan cikgu Su sedang membantu para pelajar bagaimana membuat biskut tu. Maklumlah pelajar lelaki agak kekok sikit dalam bab-bab menggentel dan melenyek ni. Tapi akhirnya dapatlah juga pelajar-pelajar ni membuatnya walaupun merangkak-rangkak. Mudah-mudahan mereka ni dapatla membantu ibu-ibu mereka nanti di dapur memandangkan hari raya pun bakal menjelang tidak lama lagi. Memang setiap hari Khamis pelajar-pelajar ini didedahkan dengan aktiviti masakan dan antara yang pernah mereka buat ialah kuih onde-onde, pizza,nasi hujan panas.

Selepas memasak,hasilnya turut dinikmati bersama-sama termasuklah cikgu-cikgu Pendidikan Khas yang lain. Paling penting ia memupuk nilai-nilai kerjasama, mematuhi arahan dan mengajar mereka bagaimana bergaul di antara satu sama lain. Ini penting apabila keluar dari sekolah nanti diharapkan mereka dapat menyesuaikan diri di dalam kelompok masyarakat. Cikgu pun save budget.Pendek kata cikgu-cikgu di dalam kelas Pendidikan Khas ni tak perlu pergi ke kantin, kenyang dengan masakan budak-budak ni je.
Gambar di sebelah menunjukan beberapa pelajar sedang tekun mempelajari teknik-teknik menggentel dan melenyek kuih dengan bimbingan guru sambil diperhatikan oleh rakan-rakan mereka. Mereka mencuba membuatnya secara bergilir-gilir memandangkan tapak membuat kuih tidak mencukupi. Setelah siap digoreng, hasilnya diagihkan kepada semua termasuklah kepada cikgu-cikgu untuk dibawa pulang sebagai sebahagian daripada juadah berbuka puasa kelak. Kepada semua diucapkan selamat berbuka, selamat mencuba biskut yang dibuat tengah hari tadi dan jangan lupa malam ni pergi sembayang terawih di surau.





No comments:

PELAWAT :-